1: Pengagihan nasi lemak percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 kepada pengguna di Plaza Tol Alam Damai, Lebuhraya SUKE.

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) mengagihkan 1,957 nasi lemak percuma kepada pengguna yang melalui beberapa plaza tol di enam lebuh raya kendaliannya.

Agihan itu dijalankan bermula dari jam 8 pagi, menyasarkan pengguna lebuh raya yang keluar bagi meraikan kemerdekaan negara di sekitar Lembah Klang.

Nasi lemak diedarkan di setiap lebuh raya kendalian Prolintas. iaitu Plaza Tol Datuk Keramat, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Plaza Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Plaza Tol Alam Impian, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Plaza Tol Sungai Ramal, Lebuhraya Kajang SILK.

Selain itu di Plaza Tol Alam Damai (arah Sri Petaling) dan Plaza Tol Ampang (arah Ulu Kelang), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) serta Plaza Tol Kota Damansara (arah Kuala Lumpur), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), menurut Ketua Divisyen Komunikasi Korporat Prolintas, Badri Ibrahim,
katanya.

Sementara itu, lebih 1,000 nasi lemak diagihkan di Kawasan Rehat Elmina, Lebuhraya GCE menjadikan jumlah keseluruhan agihan 3,000 nasi lemak.

“Aktiviti ini bertujuan untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan terutama dalam kalangan pengguna lebuh raya. Pemberian 1,957 nasi lemak itu juga sebagai simbolik perpaduan dan hidangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya,” tambah Badri.

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 kali ini juga, pelbagai kempen dijalankan bersama warga kerja dan peniaga di kawasan rehat lebuh raya Prolintassehinggav16 September depan.

Kira-kira 600 Jalur Gemilang dipasang di sepanjang AKLEH, GCE, LKSA, SILK, SUKE dan DASH.

Bagi menghangatkan lagi suasana sambutan itu, Prolintas turut menjalankan Pertandingan Menghias Premis Jualan di Kawasan Rehat Elmina, Lebuhraya GCE.

Peniaga-peniaga telah menghias premis jualan dengan barangan terpakai dengan tema kemerdekaan bagi menggalakkan aktiviti kitar semula dan kelestarian.

Kempen memakai pakaian bertemakan kemerdekaan ke pejabat juga dijalankan pada 30 Ogos bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja Prolintas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast