Wardina Safiyyah

KUALA LUMPUR – Pelakon, Wardina Safiyyah, 44, sudah menerima seorang menantu apabila anak sulungnya, Amna Nafeesa telah mendirikan rumah tangga.

Perkembangan itu dimaklumkan menerusi perkongsian terbaharu di media sosial miliknya.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Seperti yang anda semua tahu, saya menghargai kehidupan peribadi saya dan suka menyimpan sesuatu untuk diri saya sendiri.

“Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi berita baik dan memohon semua doa anda untuk Amna dan anak (menantu) Yusuf yang tersayang. Semoga Allah merahmati penyatuan mereka dan melindungi mereka.

Saya benar-benar bersyukur kepada Allah dan segala kurniaanNya. Semuanya benar-benar dari Allah semata-mata,” tulisnya.

Foto Instragram Wardina Safiyyah.

Sejak berhijrah dan menetap di Australia, kisah mengenai Wardina yang dikenali menerusi drama Spanar Jaya itu memang agak jarak dipaparkan kecuali isu politik beberapa tahun lalu.

Malah Wardina juga dilihat tidak kerap berkongsi mengenai kehidupannya bersama keluarga di media sosial seperti di Instagram.

Wardina mendirikan rumah tangga dengan Ikhwan Johari pada tahun 2002.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi. Sepanjang menetap di Australia, Wardina berjaya menamatkan pengajian dalam bidang sains psikologi di sebuah universiti di negara berkenaan pada tahun 2017.

Sementara itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis mengucapkan tahniah kepada pelakon yang sudah meninggalkan dunia lakonan itu.

Malah menerusi ruangan komen juga ada segelintir yang tidak percaya dan menyangka apabila pelakon itu sudah menerima seorang menantu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast