Nurwada Asmadi, 14, dipercayai lari dari rumah keluarganya di Kampung Chohong, Chin Chin, Jasin mengikut teman lelakinya awal pagi Ahad lalu.

JASIN – Seorang pelajar Tingkatan 2 hilang dipercayai lari dari rumah keluarganya di Kampung Chohong, Chin Chin di sini mengikut teman lelakinya awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, laporan telah dibuat keluarga remaja perempuan berkenaan dikenali Nurwada Asmadi, 14, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pukul 10.32 pagi semalam.

“Polis menerima satu laporan mengenai kejadian orang hilang kira-kira pukul 6 pagi, Ahad lalu dan siasatan awal mendapati remaja terbabit dipercayai telah keluar rumah mengikut teman lelakinya berusia belasan tahun.

“Remaja sebuah sekolah di sini itu turut meninggalkan sekeping nota memberitahu dia bertindak demikian untuk tenangkan diri dan turut membawa beg pakaian bersama, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Jamil, remaja terbabit berketinggian sekitar 160 sentimeter dan berat 50 kilogram dan berkulit berkulit sawo matang.

“Setakat ini kita syak remaja berkenaan mengikuti teman lelakinya berusia belasan tahun yang tidak lagi bersekolah,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Nurwada boleh menghubungi Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis di talian 018-351 1594 atau 06 – 529 2222 (sambungan 319) atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast