BEIJING – Hujan lebat dan angin kencang yang disebabkan oleh Taufan Haikui telah mengakibatkan gangguan ketara di selatan China.
Taufan itu tiba di China pada pagi Selasa.
Kira-kira 114,400 orang telah dipindahkan dari kawasan berisiko ketika taufan itu melanda dengan kelajuan angin maksimum 20 meter sesaat.
Beberapa kawasan di Fujian merekodkan lebih daripada 300 milimeter hujan dalam masa lebih 24 jam sahaja.
Di bandar Fuzhou, dua anggota bomba hilang selepas trak bomba yang membawa sembilan anggota penyelamat dihanyutkan air banjir semasa menjalankan misi, lapor media kerajaan.
Manakala Wilayah Fujian dan Guangdong di selatan China terjejas oleh Taifan Haikui, ribut yang ke-11 tahun ini, lapor agensi berita Xinhua.
Sekolah dan tadika ditutup di beberapa kawasan pada hari Selasa sebagai langkah berjaga-jaga.
Pakar meteorologi di Guangdong menjangkakan taufan itu bergerak lebih jauh ke barat di atas daratan dan lemah.
Sebelum melanda tanah besar China, Taufan Haikui telah melepasi Taiwan.
Lebih 100 orang cedera manakala kira-kira 260,000 isi rumah tidak mempunyai bekalan elektrik.
Kira-kira 8,000 penduduk Taiwan terpaksa dipindahkan semasa ribut itu melanda pada hari Ahad. – Agensi