KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan pasangan regu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan lawan apabila terkandas dalam pusingan kedua Badminton Terbuka China di Changzhou, hari ini.
Dalam Kejohanan Super 1000 yang berlangsung di Olympic Sports Centre Gymnasium itu,
Tze Yong bermula cemerlang selepas walaupun berjaya menewaskan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dengan 21-18 dalam set pertama namun gagal untuk meneruskan persembahan mantap pada set kedua dan berikutnya apabila tumpas dengan keputusan 21-11, 22-20.
Pasangan bukan pilihan Pearly-Thinaah tersungkur kepada pasangan pilihan kelima dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, dengan keputusan 16-21, 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 47 minit.
Bagaimanapun dua pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berjaya membawa sedikit sinar keceriaan buat skuad badminton negara apabila berjaya melangkah untuk mara ke saingan separuh akhir selepas menumbangkan lawan masing-masing.
Pasangan bukan pilihan itu akan berhadapan dengan Ye Hong Wei-Lee Chia Sin esok selepas beregu dari Taiwan itu menundukkan beregu tuan rumah yang merupakan pilihan ketiga Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 21-18, 21-19.
Kian Meng-Pei Jing pula walaupun tewas dalam set pertama, pasangan itu berjaya menewaskan beregu dari Indonesia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dalam perlawanan rubber set dengan keputusan 18-21, 21-19, 21-12.
Dalam perlawanan berikutnya pasangan profesional itu akan bertemu dengan pilihan keempat dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, yang berjaya menewaskan pasangan dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dengan 21-16, 21-13. – MalaysiaGazette