Anthony Loke

KLANG – Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan laporan awal mengenai insiden pesawat terbang ringan yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam Jumaat ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, seperti yang dinyatakan sebelum ini, laporan akan siap dalam tempoh dua minggu daripada tarikh insiden berlaku.

“Laporan awal insiden kapal terbang ringan terhempas di Elmina akan dikeluarkan pada Jumaat depan,” katanya kepada media selepas merasmikan Kongres Kebangsaan Wanita DAP di Shah Alam, hari ini.

Seramai 10 individu maut dalam nahas berkenaan pada petang 17 Ogos lalu.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat, manakala dua lagi adalah seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Menurut Anthony, laporan itu mengenai analisis data berhubung hasil rakaman suara 30 minit terakhir daripada komponen ‘memory pack’ yang diambil daripada pesawat berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast