Calon Pakatan Harapan (PH) P.161 Pulai, Suhaizan Kayat diiringi isterinya, Dr Norsham Idris meraikan kemenangan bersama penyokong parti berkenaan selepas pengumuman keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.161 Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 09 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Meskipun kedua-dua calon Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Negeri kawasan Parlimen Pulai dan Simpang Jeram di Johor semalam namun hakikatnya terdapat migrasi besar undi daripada Barisan Nasional (BN) ke Perikatan Nasional terutamanya orang Melayu.

Pemerhati politik, Lim Sian See berkata, biarpun peratus keluar mengundi bagi Parlimen Pulai turun dari 71% pada PRU15 ke 47.33% tetapi jumlah undi bagi PN naik lebih 9,000 undi.

Situasi ini memberi gambaran berlaku migrasi undi seperti berikut:
BN–> PH 23.0%
BN–> PN 74.5%
BN–>bebas 2.5%

Manakala keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram menyaksikan peratusan keluar mengundi naik dari 54.72% pada PRN Johor 2022 ke 60.85% pula memberi gambaran telah berlaku peralihan undi seperti berikut:
BN–> PH 55.0%
BN–> PN 40.5%
BN–> bebas 4.5%

Sian See berkatam data yang ditunjukkan itu selari dengan kenyataan seorang penganalisis yang menyebut: “”Pemimpin PH dan BN sepatutnya bimbang dengan jumlah undi diraih kerana menunjukkan penyokong Umno sudah beralih kepada PN, atau penyokong PH membuat undi protes terhadap kerjasama dengan UMNO. Ini migrasi besar (kepada PN),” katanya.

Tambah pemerhati politik itu peningkatan undi kepada calon PN berlaku hanya dalam tempoh kurang setahun.

Seperti kata penganalisis politik: “Dalam tempoh empat tahun, jika kerajaan tidak berjaga-jaga Johor berkemungkinan menyaksikan gelombang lebih besar untuk PN,”.

Justeru kata Sian See, terpulang kepada penyokong UMNO-BN mahu terima atau tidak.

“Ingat. Ini Johor. Sehingga kini PAS tak pernah kuat di negeri ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kenapa cuma UMNO jaaa yg jadi sasaran..kalau kalah UMNO disalahkan…kalau menang pun UMNO disalahkan…Mahathir kata UMNO tak relevan..Muhyidin kata UMNO dah pupus…tp setiap kali PRN, walaupun UMNO tak bertanding, tetap UMNO jd subjek utama..malahan yg bertanding di Johor ni PH, terutama sekali Amanah…yg jd sasaran kempen UMNO..kata UMNO dah relevan lagi..pelik laa

Comments are closed.