Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil menyampaikan ucapan penghargaan kepada bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin kerana menyokong pandangan beliau.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dalam satu hantaran menyokong pandangan Isham mengenai keresahan akar umbi berikutan kerjasama yang dijalinkan UMNO dengan Pakatan Harapan (PH).

“Terima kasih KJ,” kata Isham sambil berkongsi hantaran yang dibuat oleh Khairy yang menyindir Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengenai perkara tersebut.

Khairy berkata, Anthony seolah-olah lebih mengetahui apa yang dikehendaki oleh akar umbi UMNO.

“Hebat Setiausaha Agung DAP sekarang dah boleh cakap bagi pihak UMNO. Sedangkan pandangan saudara Isham Jalil itu saya rasa mewakili perasaan majoriti akar umbi parti UMNO.

“Nanti akan ada yang komen ‘KJ tahu apa, dia bukan ahli UMNO pun’. Ya, Setiausaha Agung DAP lebih tahu pandangan orang UMNO berbanding saya dan Isham Jalil,” kata Khairy.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan sebelum ini menyifatkan cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa PH hanyalah pendapat peribadi Isham.

Menurut Anthony, cadangan yang dikemukakan Isham bukanlah pendirian rasmi parti UMNO.

“Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO yang cakap…dia tidak mewakili UMNO, dia hanya salah seorang pemimpin sahaja,” kata Anthony.

Media sebelum ini melaporkan, Isham berkata, Yang di-Pertuan Agong hanya menitahkan pembentukan kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) bukan bergabung dalam pilihan raya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas UMNO hanya menang 19 kerusi walaupun bertanding di lebih 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pilihan raya di enam negeri.

Dalam kenyataan berasingan, Isham mempertahankan pandangannya yang didakwa beliau mewakili suara akar umbi.

“Jika mahu tahu secara tepat apa yang akar umbi UMNO mahu, YB boleh minta kepada kawan-kawan pro-DAP YB dalam UMNO untuk buat referendum dan tanya tiga juta akar umbi UMNO sama ada mereka mahu bekerjasama dengan DAP atau tidak,” katanya.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. ZAHID HAMIDI tu hanya lepas sementara dan tidak bebas buat keputusan. jika ZAHID tersasul wirid…. maka DAP akan perbetulkan tajuid ZAHID HAMIDI. So jika ada “persoalan” dalam UMNO boleh terus Rujuk dengan DAP kerana mungkin SENANG selesai. Mat Hasan pun asyik gentel kerandut je…

Comments are closed.