KUALA LUMPUR – Langkah empat negeri Perikatan Nasional (PN) yang bercadang melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘penasihat tidak rasminya’ menarik perhatian Datuk Puad Zarkashi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, tindakan itu pastinya membuatkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkecil hati.
“Banyak sungguh kes pertuduhan terhadap Najib. Gara gara dendam Tun M. Paling malang Najib tidak mendapat perbicaraan adil.
“Tetapi 4 negeri bawah Pas lantik Tun M sebagai penasihat. Mahiadin mesti kecil hati. Pas suka pecah belah.
“Kes IPIC lagi malang. Lima tahun tiada perbicaraan. Tahun hadapan baru mula bicara walaupun memo AGC yang bocor kata tiada kes,” katanya dalam satu kenyataan berjudul ‘Malang sungguh Najib’ di Facebooknya, hari ini.
Puad berkata demikian merujuk kenyataan Naib Presiden Pas. Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, sebagai berkata menteri besar empat negeri berkenaan akan mengadakan perbincangan untuk pembentukan kumpulan itu.
Semalam, media melaporkan negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dalam proses membentuk satu kumpulan negeri yang ditadbir oleh PN dengan Mahathir sebagai ‘penasihat tidak rasminya.’
Samsuri berkata, empat menteri besar berkenaan secara prinsipnya bersetuju untuk mewujudkan kerjasama dan beliau sendiri sudah mengarahkan ahli exco berkaitan untuk berbincang dengan rakan mereka di tiga negeri lain di bawah PN.
Dr Mahathir, katanya, akan memainkan peranan secara tidak rasmi dalam menasihatkan kumpulan empat negeri berkenaan. – MalaysiaGazette
yang sakit hati itu kamu fuad… mereka Tum dan Tansri mahyudin Yasin ok jee.. tak perlu bimbang tentang mereka sepatutnya kamu fuad bimbang tentang parti kamu