Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR – Komen ringkas vateran DAP Lim Kit Siang berhubung tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengundang persoalan.

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tidak percaya, Kit Siang hanya memberikan reaksi ‘terkedu’ dan ‘terkejut’

Katanya, sebagai ahli politik berpengalaman Kit Siang seharusnya mempunyai banyak perkara untuk diulas mengenai keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Ahmad Zahid.

Khairy percaya komen ringkas itu disebabkan Ahmad Zahid kini menjadi rakan (BFF) politik DAP.

“Ini sahaja yang Tan Sri Lim Kit Siang mampu cakap? Kalau baca kenyataan penuh Tan Sri Lim Kit Siang ada satu ayat ini sahaja berkenaan isu DNAA ini (iaitu) terkedu, terkejut.

“Itu sahaja. Is that it? You have had so much to say about everything throughout your career and you are now reduced to this?

“Selebihnya dia menyalahkan Perikatan Nasional yang kononnya pecah belahkan masyarakat. Mantap betul Tan Sri Lim Kit Siang menyucikan rakan BFF politik terbaharu DAP,” kata Khairy dalam satu kenyataan.

Kit Siang memberkan komen tersebut selepas lebih 10 hari Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik pertuduhan rasuah terhadap Ahmad Zahid.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut pada 15 September manakala keputusan terhadap Ahmad Zahid dibuat pada 4 September.

“Saya sendiri terkedu dan terkejut dengan perkembangan terbaru DNAA (dilepaskan tanpa dibebaskan) mengenai kes (tersebut),” kata Kit Siang.

Kit Siang antara pemimpin yang paling lantang melawan rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tu Mahathir masa Tommy Thomas gugurkan kes Lim Guan Eng pun dia terkejut…sepatah perkataan jaa ko tak nak komen kaa? Sudah2 laa berdendam dgn DS Zahid…ko kes masa jd Menteri KKM beli alat2 kat KKM yg tak de invois dan tak boleh pakai..membazir duit rakyat, ko tak nak ulas plak..

Comments are closed.