Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan  menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di hari terakhir Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar akan menggulung laporan berkenaan jam 4.30 petang nanti.

“Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan sejak minggu lalu dan Insya-Allah saya akan menjawab persoalan yang dibangkitkan petang ini,” katanya hari ini.

Minggu lalu sidang khas mesyuarat Dewan Rakyat mengambil masa tiga hari untuk membahaskan laporan berkenaan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.

Ia selepas Anwar membentangkan laporan KSP RMK-12 di Dewan Rakyat bertemakan ‘Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi’ menggariskan tiga tumpuan utama rancangan tersebut ialah – memperkukuh kemampanan, membangunkan masyarakat sejahtera, dan menuju negara berpendapatan tinggi – dengan 17 anjakan dan 71 inisiatif utama berdasarkan prinsip Ekonomi Madani. – MalaysiaGazette