SHAH ALAM – Pelantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pelantikan Menteri Kabinet itu adalah hak Perdana Menteri.

“Siapa pengganti Datuk Seri Salahuddin Tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu hak Perdana Menteri, dia nak lantik saudara pun boleh, itu hak Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di Jalan Kebun, di sini, hari ini.

Kerusi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) masih kosong susulan penyandangnya meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 23 Julai lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai, Johor selama dua penggal, meninggal dunia pada jam 9.23 malam, ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi HSB.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSB untuk rawatan kecemasan selepas mengalami mual dan muntah-muntah, 21 Julai lalu.

Pemeriksaan doktor pakar kemudiannya mengesahkan Salahuddin mengalami pendarahan otak.

Ketika ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup buat sementara waktu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Dah lama takde menteri? Tapi kalau ada atau tiada pun tak membantu apa2? Harga barangan asas, dapur, nasi gerai, mamak, nasi ayam, air dsb tetap naik mencanak2.

    Daripada ada menteri lebih baik tiada, dapat juga jimatkan wang rakyat untuk bayar gaji dan elaun menteri.

Comments are closed.