Foto Instagram Ikhwan Yazek.

KUALA LUMPUR – Pasukan Kelantan FC mendapat tamparan hebat apabila bintang muda Ikhwan Yazek mengumumkan telah meninggalkan pasukan itu hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat Ikhawan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Walaupun mengakui ia satu langkah yang berat, Ikhwan melihat langkah ini penting demi masa depannya sebagai pemain bola sepak.

“Berat kaki ini untuk melangkah keluar daripada sebuah cita-cita tetapi langkah berani harus diambil demi masa depan.Terima kasih diatas sokongan dan doa kalian semua selama ini. Tak kira pihak pengurusan, penyokong mahu pun kawan-kawan seperjuangan.

“Sudah tiba masanya jersi ’66’ mengundurkan diri. Semua kenangan yang tercipta di arena yang penuh dengan suka duka pahit getir ini , akan dikenang selamanya. Semoga ketemu di lain waktu dan semuanya baik-baik saja,” tulisnya.

Sebaik pengumuman itu diketahui, ramai mengucapkan selamat berjaya kepada bekas jurulatih Kelantan FC, Pol Corpas dan pemain Sabah FC, Gerald Gadit.

Ikhwan berusia 23 tahun itu mula dikenali apabila meledakkan gol cantik semasa menentang Penang FC pada Mac lalu.

Malah gol tersebut turut mendapat pujian pemain perancang Manchester City, Kevin de Bruyne.

Bagaimanapun, Ikhwan kemudiannya terpaksa melupakan sebahagian besar aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ini selepas dia mengalami kecederaan lutut yang serius semasa menentang KL City FC di Kota Bharu pada 17 Mac lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast