Mondy bersama Ebit Lew.

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memfailkan saman fitnah terhadap penyanyi rap, Caprice dan pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto atas tuduhan beliau melakukan gangguan seksual.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ebit menerusi satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Pada Isnin lalu, media melaporkan, Ebit telah membuat laporan polis sebaik sahaja tiba di tanah air selepas pulang dari Jeddah susulan tuduhan yang dilemparkan sangat melampau dan tidak berasas.

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan peguam untuk menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam masa sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dua kertas siasatan membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan Seksyen 500 kanun yang sama atas kesalahan fitnah.