Lelaki berkelakuan lucah di tempat awam dengan melakukan onani ditahan polis semalam.

KLUANG – Seorang lelaki yang melakukan onani di tempat awam baru-baru ini ditahan polis di Taman Intan di sini semalam

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan tangkapan itu ekoran dakwaan suspek melakukan perkara itu di Taman Delima di sini pada 17 September lalu.

Lelaki itu ditahan kira-kira 1.30 petang, katanya.

Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencingnya didapati negatif.

“Polis telah melakukan Ops Cantas iaitu menangkap suspek yang melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam. Polis telah mengesan satu video tular yang berdurasi 34 saat di mana kejadian berlaku lebih kurang 1 pagi.

“Suspek telah melakukan perbuatan onani di sekitar Taman Delima, di sini.dan kes disiasat dibawah Seksyen 377 D Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast