Baharin Din

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka mengalami trend positif pengurangan dalam terimaan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT), berikutan harga sederhana arang batu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, perkembangan ini secara ketara mengukuhkan modal kerja TNB, sekali gus meningkatkan aliran tunai dan memperbaiki tahap penggearan pada 2023.

Pengurangan harga arang batu global, digabungkan dengan pendekatan proaktif TNB untuk meningkatkan kutipan hasil, telah meletakkan prospek aliran tunai lebih baik kepada syarikat.

Ini disokong oleh pinjaman RM6 bilion yang dijamin kerajaan untuk menstabilkan industri
tenaga, menurut beliau.

Faktor-faktor ini secara kolektif menyumbang kepada pengukuhan aliran tunai TNB
dan tahap penggearan TNB pada separuh pertama 2023 (1H2023).

“Pengurusan berhemah kewangan TNB ini membolehkan syarikat memberi ganjaran kepada pemegang saham kami dengan dividen interim sebanyak 18 sen, yang merangkumi 49.4% daripada Pelarasan Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI),” kata Baharin pada taklimat kepada penganalisis mengenai keputusan kewangan suku kedua kumpulan.

Katanya, penambahbaikan dalam akaun ICPT digariskan oleh pemulihan kos ICPT sebanyak RM10.4 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2023, sekali gus menunjukkan komitmen berterusan kerajaan terhadap rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dan mekanisme ICPT untuk 18 kitaran sejak 2015.

Tambahan pula, syarikat dijangka memperoleh semula RM4.7 bilion kos ICPT daripada kerajaan pada separuh kedua tahun ini.

Baharin berkata, berdasarkan arah aliran harga bahan api semasa,TNB menganggarkan pemulihan kira-kira RM7.0 bilion daripada ICPT bagi separuh pertama tahun kewangan 2024.

Perspektif masa hadapan ini mencerminkan pendekatan proaktif TNB dalam mengurus prospek kewangannya dan mengawal perbelanjaan berkaitan bahan api.

Prestasi terpuji walaupun berdepan cabaran Baharin turut mengulas prestasi TNB pada separuh pertama tahun berakhir 30 Jun 2023.

Walaupun menghadapi cabaran yang berpunca margin negatif bahan api negatif dan turun
naik pertukaran asing, TNB melaporkan prestasi membanggakan dalam persekitaran yang
mendesak ini.

Dalam tempoh itu, TNB melaporkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM1.20 bilion, manakala hasil menyaksikan peningkatan 3.8 peratus kepada RM25.95 bilion, berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Keupayaan TNB untuk mengharungi keadaan mencabar sebegitu dan mencatat pencapaian kewangan sedemikian penting, menonjolkan daya tahan dan wawasan strategiknya dalam sektor tenaga. – MalaysiaGazette