Lori 3 tan terbabas jatuh gaung di Telemong, Karak. Gambar : JBPM Pahang

KUANTAN – Seorang lelaki meninggal dunia apabila lori dipandunya terbabas ke dalam gaung sedalam 40 meter berhampiran Balai Polis Telemong, Karak, pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, sejurus menerima laporan berkaitan kejadian, seramai enam pegawai termasuk anggota dari BBP Karak digerakkan ke lokasi dan mendapati lori 3 tan itu berada di dalam gaung yang dipenuhi air.

“Bagaimanapun, mangsa yang merupakan seorang lelaki berbangsa Cina telah tercampak dan tersepit di bawah lori tersebut.

“Anggota bomba terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan air lifting serta tali menyelamat,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast