Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabari menerima borang keahliah Pas daripada beberapa individu yang didakwa bersama UMNO sebelum ini

BENTONG – Seramai 30 individu yang didakwa sebagai penyokong dan ahli UMNO yang disisihkan memilih untuk menyertai Pas.

Calon Perikatan Nasional (PN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Kasim Samat berkata, bekas ahli UMNO yang mendakwa terdapat antara yang disenarai hitam oleh parti selain dianak tirikan tekad memohon borang keahlian dan menyertai PN secara sukarela tanpa paksaan.

”Borang keahlian yang mereka isi, bukan kita isi dan bukan paksa.

”Kalau ikut maklumat akan nama mereka ditiadakan dalam sistem. Pada peringkat awal yang jumpa saya 30 orang, namun masih ada serahan, ada adik beradik keluarga,” katanya ketika ditemui di Laman Tok Sanny di Kampung Chemomoi, di sini, hari ini.

Pada PRK Pelangai, Kasim dicabar calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).

Menurut Kasim, penyertaan ahli UMNO itu dalam Pas merupakan isyarat bahawa keberanian mereka terserlah dengan menolak kepimpinan parti.

”Ini tanda mereka dah dapat maklumat yang sebenar merupakan  isyarat kepada kepimpinan UMNO dalam seminggu ini, kalau keberanian bermula mereka akan ikut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Itu tandanya mereka tak ikhlas dalam perjuangan dan duri dalam daging paea UMNO. Mereka dah disogok agaknya.

Comments are closed.