Isham Jalil
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil yakin bahawa Datuk Seri Najib Razak boleh menyelamatkan parti sekiranya beliau dibebaskan daripada hukuman penjara.

Menurut beliau, bekas Presiden UMNO itu boleh memainkan peranan memujuk akar umbi yang semakin menjauhi parti sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain itu, menurut beliau, enam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini menyaksikan UMNO kehilangan sokongan daripada 80 peratus akar umbinya.

“Beliau boleh pujuk akar umbi UMNO. Dalam parti politik, kita tak boleh hilang akar umbi,” katanya ketika menjadi ahli panel pada sesi bertajuk ‘Konsep 1Malaysia Yang Inklusif’ pada program sesi dialog awam ‘Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa?’ di Wisma MCA di sini, hari ini.

Sesi yang dikendalikan Timbalan Presiden Pertubuhan Rangkaian Kebajikan Erat Nusa Rakyat (BeNAR) Malaysia, Dr Aaron Yusof Abdullah itu turut disertai dua lagi ahli panel iaitu Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker dan Presiden Makkal Sakthi, Datuk Seri RS Thanenthiran.

Program tersebut dianjurkan secara bersama oleh Pertubuhan BeNAR Malaysia, Nusa Sejagat Malaysia, Malaysian Youth Activist (Malaya) dan UMNOSiswa.

Isham turut menyuarakan kebimbangannya tentang kemungkinan UMNO kehilangan sokongan seluruh akar umbinya pada PRU16.

Beliau turut menasihatkan kepimpinan UMNO agar jangan bimbang tentang kemungkinan mereka akan ‘tenggelam’ setelah Najib dibebaskan.

“Kepimpinan sekarang jangan takut bayang-bayang sendiri. Janganlah takut kalau Najib keluar, mereka pula tenggelam,” jelasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kalau Najib tak keluar ZAHID HAMIDI akan ajak bebudak dia sokong PH untuk menentukan KEMENANGAN… so kemenangan bukan bererti UMNO perlu bertanding yang PENTING bagi undi.. sama erti makna dan sama macam MENANG juga kerana rakan bergabung.

Comments are closed.