KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh akan mendedahkan berhubung isu kartel beras kepada umum.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, isu tersebut perlu didedahkan kerana telah ada pihak menipu rakyat berkaitan beras hancur dan beras super special tempatan (SST).
“Yang mana satu beras hancur dan beras SST? Jawab dulu, nanti saya akan beritahu pendedahan isu kartel beras ini menipu rakyat.
“Kita lawan demi hak rakyat!,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu, Dr Akmal juga memuat naik gambar beras yang hancur dan beras SST supaya orang ramai boleh membuat perbandingan. – MalaysiaGazette