Friday, December 13, 2024
Home Sukan Sukan Asia: Kaurtet 4×100 layak ke final

Sukan Asia: Kaurtet 4×100 layak ke final

Secara keseluruhan, kuartet negara menduduki tempat keempat dalam pusingan pertama hari ini untuk mara ke final dengan harapan menduduki podium. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Kuartet 4×100 meter (m) lelaki negara beraksi dengan baik untuk meloloskan diri ke pusingan akhir Sukan Asia di Stadium Olimpik Hangzhou, China  pagi ini.

Gandingan bekas pemegang rekod kebangsaan Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi menampilkan larian bertenaga untuk mencatatkan 39.40 saat (s) pada saringan 1 pusingan pertama.

Catatan itu meletakkan mereka di kedudukan ketiga di belakang kuartet tuan rumah Chen Guanfeng, Xie Zhenye, Yan Haibin dan Chen Jiapeng yang mencatatkan 38.62s dan Korea Selatan (38.75s) dibarisi Lee Jeontae, Kim Kukyoung, Lee Jaeseong dan Park Wonjin.

Secara keseluruhan, kuartet negara menduduki tempat keempat dalam pusingan pertama hari ini untuk mara ke final dengan harapan menduduki podium.

Catatan hari ini, sedikit perlahan berbanding rekod kebangsaan 39.09s yang dibuat oleh Muhammad Azeem, Muhammad Arsyad, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Zulfiqar Ismail di Sukan SEA Hanoi, pada Mei 2022.

Final acara itu dijadualkan pukul 9.25 malam esok. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast