KUALA LUMPUR – Pas tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu yang telah membenarkan Petisyen Barisan Nasional terhadap Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid sekaligus membatalkan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan daripada keputusan tersebut.
Menurut beliau, keputusan ini diambil setelah Hakim Anselm Charles Fernandis mengesahkan dalam sesi Pengurusan Kes (Case Management) melalui Sidang Video (zoom) hari ini (3 bahawa keputusan dalam kes Petisyen Kemaman adalah sama seperti mana keputusan dalam kes Petisyen Kuala Terengganu. – MalaysiaGazette