KUALA LUMPUR – TFight Festival 2023, sebuah acara kejuaraan muaythai di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu baru-baru ini mencatat kejayaan pertama apabila mendapat pengiktifaran The Malaysia Book of Records.
Ini kerana penganjuran apabila persembahan seni bela diri diadakan tanpa henti selama 16 jam bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 1.02 pagi keesokan harinya.
Acara itu disertai 11 persatuan dan pertubuhan seni mempertahankan diri di Malaysia seperti Taekwando, Karate, Wusyu, Pertubuhan Seni Gayung Serantau Malaysia Negeri Terengganu, Judo, Karate PDRM, Muaythai dan Pesaka .
Presiden Muaythai Terengganu, Najmi Abdullah berkata, TFight Festival 2023 adalah bukti nyata betapa istimewanya acara itu dalam dunia seni bela diri dan kecemerlangan sukan di negara ini.
“Kami bangga mengumumkan kehadiran pengunjung dalam acara ini mencapai angka luar biasa, sekitar 20,000 pengunjung yang hadir untuk menyaksikan dan merasai semangat TFight Festival 2023.
“Ini adalah penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjadikan acara ini kejayaan besar” katanya dalam satu kenyataan.
Acara penyampaian sijil disempurnakan oleh wakil The Malaysia Book Of Records, Mohd Nazrul Hafizi.
Acara utama program itu adalah T-Fight Terengganu International Muay Thai untuk tujuh ( pertarungan meliputi 1 Super Four (tiga pertarungan) dan 4 Super Fight (4 pertarungan) yang menampilkan nama-nama besar petinju muaythai Malaysia seperti Mohammad Rafi Abdul Manaf (Mat Ropi), Ali Yaakob dan Alif Rakid.
Najmi menambah, TFight Festival 2023 telah melakar sejarah dalam dunia muaythai dan menjadi contoh bagaimana olahraga dapat menjadi alat untuk mempromosikan nilai-nilai perpaduan pada masyarakat.
Sementara itu, TFight Festival 2023 bukan sekadar kejuaraan muaythai biasa tetapi juga merupakan upaya besar untuk menggabungkan nilai-nilai masyarakat dengan olahraga.
Sebagai prestasi utama, acara itu memperkenalkan trademark ‘Sukan Patuh Syariah’ dan ‘Fit Is Sunnah’ yang merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Terengganu serta Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Dengan komitmen untuk menjaga keselarasan dengan nilai-nilai agama dan kesihatan, TFight Festival 2023 telah membuktikan bahwa olahraga dan kepatuhan mampu berjalan seiring. – MalaysiaGazette