Kediaman yang rosak akibat banjir besar di Sikkim. Foto DarjeelingTimes.com

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 80 orang hilang, termasuk 22 anggota tentera India di negeri timur laut Sikkim.

Manakala 10 orang telah disahkan maut selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat.

Hujan lebat berlaku di hulu tasik di utara negeri itu, yang mengakibatkan Sungai Teesta di Lembah Lachen melimpah.

Keadaan bertambah buruk selepas air dari empangan dilepaskan ke dalam sungai.

Sebuah jambatan runtuh di Sikkim disebabkan banjir besar. Foto media sosial

Dua jambatan, yang menghubungkan wilayah utara dengan seluruh negeri, telah dihanyutkan, sekali gus menjejaskan perkhidmatan pengangkutan.

Anggota keselamatan memberitahu, beberapa kenderaan tentera tenggelam dek lumpur.

Kementerian pertahanan India, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan dan ia sedang menunggu maklumat lanjut.

Usaha menyelamat juga sedang dijalankan di bahagian lain di negeri ini kerana seluruh kawasan telah dinaiki air mengakibatkan kerosakan kediaman dan ramai orang hilang tempat tinggal.

Media tempatan melaporkan bahawa lebih 3,000 pelancong adalah antara mereka yang terperangkap di kawasan itu.

Negeri Himalaya terdedah kepada banjir dan bencana alam.

Tahun lalu, banjir teruk di negeri itu menyebabkan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal dan membunuh sekurang-kurangnya 24 orang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast