Zainol Samah

MELAKA – Polis Melaka membuka kertas siasatan dakwaan seorang kedi wanita dicabul dua pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel di sebuah kelab golf, Alor Gajah di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, ia susulan menerima laporan daripada mangsa berusia 21 tahun pada hari sama kejadian berlaku ketika dia sedang bekerja membawa dua pegawai tentera terbabit masing-masing berumur 51 dan 52 tahun.

“Kedua-dua suspek yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan telah dipanggil Jumaat lalu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan.

“Polis turut menerima dua lagi laporan iaitu satu dibuat suspek berusia 51 tahun menafikan berlakunya kejadian berkenaan manakala satu lagi laporan dibuat rakan sekerja mangsa wanita berusia 35 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Tambahnya dalam laporan itu, wanita berkenaan menyatakan dia tidak melihat kejadian berkenaan namun sehingga kini pihak polis masih meneruskan siasatan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast