Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui lemas ketika sedang mandi di Pantai Mutiara, Kem Terendak, Sungai Udang petang tadi.

MELAKA – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui lemas ketika sedang mandi di Pantai Mutiara, Kem Terendak, Sungai Udang di sini petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.30 petang.

“Selepas hampir tiga jam SAR, Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berjaya menemui mangsa pada pukul 9.25 malam namun pegawai perubatan mengesahkannya telah meninggal dunia.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Tambah Mohd Hafidzatullah, operasi melibatkan kekuatan 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dibantu BBP Melaka Tengah. – MalaysiaGazette