Seramai 101 pelajar SKJ (T) Indera Mahkota, Kuantan sumbangan dari Yayasan Tengku Abdullah Ibni Sultan Abu Bakar

KUANTAN – Yayasan Tengku Abdullah Ibni Sultan Abu Bakar (YTA)  menyumbangkan 145 cermin mata kepada pelajar yang memerlukan di dua buah sekolah dalam daerah ini.

Pengerusi YTA, Tengku Shaheera Tengku Tan Sri Abdullah berkata, inisiatif pemberian cermin mata ini bagi mengurangkan beban ibu bapa memandangkan kos membuat kanta menelan kos belanja yang agak tinggi.

“Seramai 101 pelajar Tamil berusia 7 hingga 12 tahun dari SKJ (T) Indera Mahkota menerima sumbangan ini.

“Manakala 45 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Petang Tengku Muhammad juga menerima sumbangan semalam,” katanya.

YTA mensasarkan membantu semua golongan lapisan masyarat yang memerlukan termasuk pelajar sekolah,”  tambahnya kepada MalaysiaGazette.

Turut berangkat dan berkenaan mengurniakan sumbangan Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Mua’adzam  Al-Marhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Menurutnya, pelajar yang terpilih menerima bantuan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah penglihatan rabun jauh dan silau.

YTA yang ditubuhkan sejak tahun 2021,  diuruskan oleh Fomema Sdn Bhd yang juga membekalkan barangan Bilik ICT bernilai hampir RM5,000 kepada sekolah berkenaan.

Terdahulu sesi Futsal Kickin’ Fun diadakan bersama 30 pelajar diadakan di Lagend Futsal Indera Mahkota anjuran YTA dan Pahang Rangers FC. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast