McDonald’s Israel mengumumkan restoran makanan segera itu mengedarkan makanan secara percuma kepada tentera dan warga Israel selepas kumpulam Hamas melakukan serangan pada Sabtu lalu.
Menerusi Instagram story kelmarin, McDonald’s berkata, ia telah menyumbang berpuluh ribu makanan seluruh Israel dalam tempoh beberapa hari semasa konflik berlangsung.
Menurut terjemah daripada bahasa Hebrew ke bahasa Inggeris yang dilakukan Insider: “McDonald’s menyumbang dan terus menyumbang beribu-ribu makanan kepada unit IDF (Angkatan Pertahanan Israel), polis, hospital, penduduk sekitar Jaluran (Gaza) dan semua pasukan penyelamat.
“Kami terus menyumbang beribu-ribu makanan sehari kepada angkatan tentera seluruh negara. Selain itu, diskaun sebanyak 50% diberikan kepada anggota tentera an pasukan keselamatan yang datang ke cawangan kami,”.
McDonald’s menjelaskan dalam satu hantaran bahawa sebanyak lima restoran telah dibuka untuk tujuan menyediakan bantuan dan sumbangan kepada angkatan keselamatan dan ia merancang untuk menghantar 4,000 makanan sehari.
Setakat ini, rangkaian restoran gergasi itu telah menyumbang 12,000 makanan kepada IDF dan rakyat Israel, menurut hantaran itu.
Gambar-gambar yang disiar menunjukkan kereta penuh dengan makanan McDonald’s dan anggota tentera serta pekerja di hospital-hospital menerima bungkusan makanan.
Satu rakaman video menunjukkan pekerja McDonald’s menyediakan makanan dan pakej untuk dihantar ke pengkalan tentera di selatan Israel. – Agensi
boikot mcD
sedarlah umat islam dunia..marilah kte smua boikot mcD anggaplah anda jihad d jln allah
McD Malaysia cmna ehh
maybe depa akan reply depa berkecuali. x terlibat ngan mekdi israhellll. walau hakikatnya BAPAK yg sama
mekdi sluruh mlaysia takde kena mgena dgn mekdi luar negara .. mekdi malaysia muslim punya .. tak buat research ke sblm tnya soalan mcm nie ..??
Habis! McDonald jatuh! KFC naik balik! nampak sangat McDonald seluruh Israel sokong Zionist! mcd sana bangga pulak bagi makanan dekat Zionist! auto mcd sini memang kena boikitlah, nasib!
Takyah beli dah jenama tuu. McDonald’s boleh tengok buat bodoh dengan manusia-manusia di Gaza yg juga kelaparan dan kehausan. Itulah yang dikatakan kebinatangan. Disekat lagi bekalan elektrik dan air lg ada, belum ditambah dengan bekalan makanan yg belum tentu sampai ke Gaza. La’natullah ‘alaihim. Kutukan dari langit akan sampai ke atas Israel.
selepas ni tak mahu beli mcd lagi….
senang jer weyy….SEMUA muslim malaysia boikot MacD malaysia. Fullstop!
setuju
Pekerja di McDonald kebanyakkannya Islam. Mereka kena berhenti juga ke?
Ya betul tu… Sedarlah wahai umat Islam……
tu mcd sana je
mekdi sluruh mlaysia takde kena mgena dgn mekdi luar negara .. mekdi malaysia muslim punya .. tak buat research ke sblm tnya soalan mcm nie ..??
Ye.. kita boikot mana yg mampu.. masing2 blh pikir sendiri.. ni pun salah satu jihad jugak..
MCD Malaysia x kan x nk nafikan kot? Sedih bila MCD beri bantuan kepada Israel. X kan MCD Malaysia senyap je?
Yang tak start boikot lagi bila nak mulakan langkah pertama anda? .
sepert cerita nabi ibrahim…
Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.
“Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu”, mereka mengejek.
Lalu burung kecil itu membalas, “Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya.” cnp
Tindakan boikot McD mungkin sumbangan kecil kita kepada Islam tapi jika kita bersatu melakukan perkara sama sudah tentu ada kesan kepada jenama Yahudi ini. Semaikan ruh/ jiwa bagi menunjukkan solidariti Islam kita semoga diredhai Allah SWT.
Org kita tak bersungguh sungguh dalam melaksanakan boikot… sebab tu peniaga tak takut dgn boikot … selalunya hangat hangat taik ayam saja…
Mangsa di Palestin air pun tadak, yahudi laknat sedap mkn McD. Takpa, kasi mkn sedap2 . Last meal la katakan eh.. #boikot
Sepatutnya kita dah lakukan dari dulu lagi ttg boikot brg2 makanan atau pakaian yg sumbangan pd negara haram israel. Terutamanya barangan dari negara uncle sam .”l”
boilkot segala-galanya barangan america.
Mc Donald Palestin sumbanglah makanan pula pada tentera Palestin… Lawan Tetap Lawan…
Ya betul tu… Sedarlah wahai umat Islam……
tu mcd sana je
la
mcD Malaysia X sama dengan mcD Israel.. hanya Guna Nama dan bayar royalti sahaja. dah banyak Kali dah timbul isu sebegini setiap Kali isu Palestine Israel memanas.
boikot ja mekdi tu
mekdi sluruh mlaysia takde kena mgena dgn mekdi luar negara .. mekdi malaysia muslim punya .. tak buat research ke sblm tnya soalan mcm nie ..??
Rakyat ISLAM peduli ke nak boikot McDonald.???Dah lama beritahu setiap sen makanan yg di beli itu adalah untuk satu butir peluru yahudi zionis bunuh umat islam di palestine,tapi tetap penuh juga ngan melayu restoran tu,tak kira la McD ke,Starbuck ke,KefC ke,..Walaupon owner katakan milik melayu tan sri,dato sri melayu bagai,cukai atas nama jenama tu tetap di bayar kepada HQ mereka di US Yahudi Zionis.
Tak payah sembanglah,BMF pon gagal,apatah lagi yg ini.Kejap je nanti akan di lupakan apabila francais2 keluarkan produk baru,berebut beratur nak beli….
Setujuuuuu
McD Jn GentingKlang&BatuCaves,Kuala Selangor…penuh dgn rakyat Malaysia dok pakat beli ikut drive true. Selalu nya jem. PDRM DBKL MPS pekak badak&buta mata buat tak tahu je…kereta depa2 dok beratur sampai k jln raya.gangu kacau pengguna. Satu kereta puluhan ringgit dbelanjakan kpd MD. Katanya Rakyat hidup sgt susah nak cari makan…tapi boleh pulak belanja sakan kt MD.Baik aku makan NasiKakWok dah tentu ada bayar zakat&sedekah.
Lemahnya iman Bangsa kita ni … mcm tak ada perasaan… kebulur mcm tak ada makanan lain… panjang berbaris kat mc D … mcm kalau tak makan MCD … meleleh air liur deme .. atau tak leh tidur …. masjidil Aqsa kena bom sekalipun mereka tak peduli.. janji perut deme kenyang… tunggulah balasan Allah..
Insaflah wahai org islam gunakan kuasa membeli mu utk boikot produk israel dan yg berkaitan dengannya.
Rakyat Mlysia degil terutama Isjam, ego n terkalu memandang status. Bg mrk mkn McDonald high class …Celik mata ye jgn membabi buta tekan mc d hingga hilsng bsngsa nsnti
Ini bukan perang agama la. Perang rebut tanah. Orang Palestin pun ada yang Kristian, pun kena bunuh. Orang Yahudi tak akan peduli Muslim ke Kristian, kalau ada orang Palestin memang kena.
Bunuh jer Mekdi yg ada kat mana² termasuk di Malaysia. Caranya mudah. Jangan beli lagi. Makanan segera pun cuba² la kita lupakan..
Boikot jer lar mc d nie x kira la dimalaysia pun…
kurang kurang ada jugak jihad kita utk menolong…
nk ke Palestine x mampu…
McD Jn GentingKlang&BatuCaves,Kuala Selangor&lain2 tempat satu Malaysia.
penuh dgn rakyat Malaysia dok pakat beli ikut drive true. Selalu nya jem laa. PDRM DBKL MPS pekak badak&buta mata buat tak tahu je…kereta depa2 dok beratur sampai k jln raya.gangu kacau pengguna. Satu kereta puluhan ringgit dbelanjakan kpd MD. Katanya Rakyat hidup zaman loni sgt susah nak cari makan…tapi boleh pulak p belanja sakan kt MD.Baik aku makan NasiKakWok dah tentu ada bayar zakat&sedekah.
betul tu…orang kita sembang padu ajeer
sebenar klu kita bersatu.ada impak nya pda mcd
tak mati pun x makan makanan segera…
harap harap orang islam sadar lah
Hanya manusia yg ada jiwa…kesedaran Dan keinsafan serta yg penting ada semangat jihad ekonomi…knp ? Kalau x mkana Mc Donald tu blh mati ke?…aku dh lama boikot..ank2 Dan ahli klrga x teringin pun mkn benda2 mcm tu…dh lama tanamkan kesedaran demi ummah.