KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menafikan pihaknya terbabit dalam insiden pengeboman Hospital Al-Ahli al-Arabi.

Beliau sebaliknya menuduh kumpulan ‘Jihad Islam’ melakukan serangan terbabit.

“Seluruh dunia harus tahu: Pengganas biadab di Gaza yang menyerang hospital di Gaza, dan bukan IDF (Pasukan Pertahanan Israel).

“Mereka yang membunuh anak kita dengan kejam juga membunuh anak mereka sendiri,” katanya di platfom X.

Beliau mendakwa, analisis terhadap sistem operasi IDF menunjukkan bertubi-tubi roket telah dilepaskan oleh Hamas dari Gaza dan melepasi berdekatan dengan hospital Al Ahli Al Arabi.

Netanyahu juga mendakwa, perisikan daripada pelbagai sumber yang diperolehi pihaknya menunjukkan bahawa Jihad Islam bertanggungjawab atas kegagalan pelancaran roket yang kemundiannya mengenai hospital di Gaza.

Lebih 500 orang terbunuh dalam serangan udara di pekarangan hospital yang melindungi mereka yang cedera dan kehilangan tempat tinggal daripada pengeboman Israel.

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas mendakwa Israel dalang serangan ke atas Hospital al-Ahli al-Arabi di tengah Gaza.

Israel sebelum ini telah mengarahkan pengosongan 20 buah hospital termasuk Hospital al-Ahli al-Arabi bagaimanapun pihak kesihatan di Gaza enggan melakukannya.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.