KUALA LUMPUR – Cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nilai telah ditutup untuk sementara waktu bermula hari ini sehingga esok.
Operasi akan dibuka semula pada hari Jumaat, 20 Oktober 2023.
Tindakan ini diambil setelah mendapat arahan dan nasihat Majlis Bandaraya Seremban (MBS) berikutan isu struktur di atas bangunan.
Menurut KWSP, seluruh kawasan sekitar cawangan KWSP Nilai, termasuklah perniagaan lain, telah mengosongkan premis masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.
Keselamatan dan kesejahteraan kakitangan, ahli, pelawat, dan pihak-pihak berdekatan menjadi keutamaan KWSP.
Ahli dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat iaitu Kajang atau Seremban.
Selain itu, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03- 8922 6000 dan menghantar pertanyaan atau mendapatkan maklumat terkini KWSP di laman web myEPF www.kwsp.gov.my. – MalaysiaGazette