WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan memberikan bantuan berbilion dolar untuk membantu tentera penjajah Israel memerangi Hamas di Gaza.
Dalam ucapan di White House, Biden berkata, Hamas didakwa berusaha untuk memusnahkan demokrasi Israel dan beliau meminta kebenaran rakyat AS untuk membelanjakan berbilion-bilion dolar lagi untuk membantu rejim zionis.
Biden berkata, beliau akan meminta kongres pada hari Jumaat lalu untuk meluluskan pembiayaan tambahan untuk Israel.
Sumber berkata, Biden dijangka akan meminta AS$14 bilion bagi membantu operasi regim zionis untuk menghapuskan pejuang pembebasan Palestine, Hamas.
Menurut Bidin, dana itu akan “menajamkan serangan Israel” dan mengukuhkan keupayaan ketenteraannya terhadap Hamas.
Tambah beliau, AS perlu membantu rakan rakan kongsi kritikal seperti Israel sambil menyifatkan ia satu bentuk pelaburan pintar yang akan membayar dividen untuk keselamatan Amerika Syarikat selama beberapa generasi.- Agensi