Stor penyimpanan kanopi yang musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah stor penyimpnan kanopi bersama dua buah kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Padang Balang, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.30 pagi.

Katanya, lapan jentera bersama 36 anggota lain-lain pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Sentul, BBP Setapak dan BBP Wangsa Maju digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi mendapati, kebakaran melibatkan stor penyimpanan kanopi dan sebuah bengkel yang bersambung di bahagian tepi stor berkenaan.

“Kejadian itu turut melibatkan dua buah kereta terbakar sebanyak 90 peratus dan dua buah rumah berhampiran terbakar sebanyak 10 peratus di bahagian bumbung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast