KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Shah hari ini melanjutkan tempoh reman selama empat hari ke atas seorang jurulatih seni mempertahankan diri yang berusia 20 tahun bagi membantu siasatan dakwaan mencabul kanak-kanak di Shah Alam, Selangor.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Mahkamah yang mendengar permohonan polis membenarkan tempoh sambung reman selama empat hari sehingga 9 November ini terhadap suspek untuk membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam Mohd Iqbal dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu kepada mangsa berusia sembilan tahun mengenai insiden tersebut pada 2 November lalu. – MalaysiaGazette