Sebahagian daripada ahli Persatuan Sahabat Ukhwah Pernu Melaka (SUP) yang menjadikan riadah membersihkan kubur setiap minggu sejak setahun yang lalu.

MELAKA – Biar pun terpaksa menggunakan peralatan sendiri tanpa sebarang upah, sekumpulan 43 individu terus istiqamah melakukan gotong royong membersihkan kubur setiap minggu sejak setahun lalu.

Itu usaha murni dilakukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Sahabat Ukhwah Pernu Melaka (SUP) yang mana secara tidak langsung dapat meningkatkan keimanan mereka sering mengingatkan diri dengan kematian.

Pengerusinya, Khairul Mubin Md Di, 50, berkata, idea untuk membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kg Pernu, Ayer Molek, timbul selepas mereka melihat aktiviti gotong royong yang bermusim sahaja tidak mencukupi untuk membersihkan tanah wakaf kubur seluas hampir 2.2 hektar itu.

Khairul Mubin Md Di

“Sebab itu, sebagai anak jati Pernu, saya dan empat lagi rakan mula bergerak membersihkan tanah kubur berusia lebih 50 tahun ini sejak September tahun lalu selepas penubuhan SUP.

“Bermula dari situ, keahlian kami bertambah sehingga hari ini berjumlah 43 orang berusia antara 20 hingga 60 tahun yang menjadikan aktiviti ini sebagai riadah setiap hujung minggu,” katanya ketika ditemui, di sini.

Mengulas lanjut Khairul berkata, Ukhwah sentiasa mengalu-alukan mereka yang ingin menghulurkan sumbangan supaya menghubunginya di talian 0178772264 atau setiausaha Ts Khairul Taib Khairul Anuar (019-7703630)

Sementara itu Khairul Taib berkata, aktiviti itu dilakukan setiap hari Ahad bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Ts Khairul Taib Khairul Anuar

Menurutnya, setakat ini mereka menggunakan peralatan dan sendiri kerana belum mempunyai dana yang cukup untuk membeli keperluan itu sendiri bagi kerja-kerja memotong rumput, meracun dan sebagainya.

“Malah, untuk makan minum ketika bersihkan kubur pun kami gunakan duit poket sendiri asalkan ‘rumah abadi’ kami akan datang di sini dalam keadaan bersih.

“Kalau nak harapkan gotong royong, ia cuma diadakan secara bermusim sedangkan tanah ini luas tidak termasuk ada lagi satu hektar yang baru diwakafkan dan perlu dibersihkan,” katanya.

Sukarelawan menggunakan peralatan sendiri tanpa mendapat sebarang upah kerana belum mempunyai dana yang cukup untuk membeli keperluan itu.

Mengulas lanjut, Khairul berkata Ukhwah sentiasa mengalu-alukan mereka yang ingin menghulurkan sumbangan supaya menghubunginya di talian 0178772264 atau Khairul Taib (019-7703630)

Sementara itu sukarelawan, Mohd Hafizalee Md Ariff, 43, berkata, dia gembira dapat membawa anaknya bersama untuk melakukan kerja amal itu sambil beriadah.

“Ini juga secara tidak langsung dapat memberi keinsafan apabila setiap minggu kita bersihkan kubur yang akan mengingatkan dengan kematian.

“Selain itu, aktiviti ini juga dapat merapatkan lagi hubungan penduduk kampung sebab itu saya tidak kisah untuk gunakan mesin sendiri untuk membersihkan daun-daun kering di kubur,” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast