Hussein Omar Khan.

SHAH ALAM – Polis akan mempertingkatkan rondaan di kawasan perumahan dilanda banjir bagi mengelakkan jenayah pecah rumah berikutan penghuninya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mereka yang diarah berpindah ke PPS dinasihatkan supaya mengikut arahan pihak berkuasa dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Penduduk atau mangsa banjir tidak perlu risau tentang keselamatan harta benda mereka yang dtinggalkan di dalam rumah kerana polis akan terlibat dalam kawalan rondaan mengelak jenayah pecah rumah sebagai melindungi harta mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang menegenai Pelupusan Barang Kes Dadah Narkotik Kontinjen Selangor bagi tahun 2023, di sini, hari ini.

Menurut Hussein, jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 673 orang daripada 170 keluarga pagi ini berbanding 547 orang daripada 144 keluarga malam, melibatkan kawasan Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang, Kajang dan Subang Jaya.

Tambah beliuau, pihaknya telah bersedia untuk menghadapi bencana banjir sejak awal Oktober lalu.

“Kita juga sudah mengadakan mesyuarat dengan agensi berkaitan di peringkat negeri dan juga daerah berhubung kordinasi ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir.

“Lebih 20 anggota dan pegawai dari keempat-empat Ibu Pejabat Polis Daerah iaitu Kajang, Sepang, Kuala Langat dan Subang Jaya sedang terlibat dalam tugas di lapangan menghadapi banjir,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast