KUALA LUMPUR – Bekas penyerang Harimau Muda, Muhammad Zafuan Azeman memberi bayangan berlakunya isu tunggakan gaji dalam Liga Malaysia meskipun bermain di dalam liga amatur iaitu Liga M3.
Memuat naik status dalam Facebook bersama emoji duit, bekas penyerang Uthai Thani tersebut turut membuat ‘tag’ nama pasukan yang sedang diwakilinya ketika ini.
Sebelum ini, Zafuan memulakan ‘debut’ bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan tidak pernah menjaringkan gol buat Sang Kenari itu.
Pada 2019, pemain kelahiran Kangar, Perlis itu sertai Perlis FA sebelum berhijrah ke Thailand bersama Angthong FC, Penang FC, Kelantan United dan Uthai Thani.
Musim ini, Zafuan kembali ke negeri kelahirannya dengan menyertai Perlis United dan berjaya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan terakhir.
Perlis United dalam Liga M3 menduduki tangga kelapan dan merekodkan sembilan kemenangan, lima seri serta 10 kekalahan dalam 24 perlawanan. – MalaysiaGazette