Motosikal tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans yang digunakan oleh remaja berkenaan disita.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan ditahan polis yang membuat rondaan di sekitar Jalan Pandan Ilmu, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, semasa pemeriksaan dijalankan pada motosikal itu didapati nombor pendaftaran belakang motorsikal jenis Yamaha 135 LC ialah SCK RACING manakala dibahagian hadapan tiada nombor pendaftaran.

Semakan melalui alat Mcop mendapati nombor pendaftaran yang dipamerkan pula adalah palsu.

Remaja itu juga dikesan melakukan kesalahan melakukan pengubahsuaian ekzos, tiada nombor pendaftaran di hadapan dan tiada brek belakang.

Selain itu, lelaki tersebut didiapati tiada lesen memandu, cukai jalan telah luput dan tiada perlindungan insurans.

Saman telah diisukan terhadap lelaki remaja itu atas kesalahan kesalahannya.

Lelaki tersebut bersama motorsikal telah dibawa balik ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya dan telah disita untuk tindakan di bawah Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu tidak mempamer no pendaftaran.

Mohd Azam berkata, pemilik motorsikal akan dikesan dan dipanggil untuk memberi keterangan.

Mohd Azam menasihat orang awam terutama yang mempunyai anak remaja diingatkan supaya tidak membenarkan anak menunggang motorsikal tanpa memiliki lesen dan memastikan motorsikal tidak dilakukan sebarang pengubahsuaian supaya keselamatan pengguna jalan raya yang lain dapat dipelihara dan ketenteraman masyarakat tidak terganggu. – MalaysiaGazette