KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang menawarkan cabutan bertuah sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Stadium Darul Makmur pada Sabtu ini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, hadiah Yang ditawarkan ialah sebuah kereta Myvi dan tiga motosikal Yamaha Y15.

“Sambutan yang bermula pada jam 8 malam itu menawarkan kemasukkan percuma dengan menyasarkan kira-kira 30,000 orang akan hadir ke acara berkenaan.

“Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka berangkat memeriahkan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Stadium Darul Makmur.

“Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan bersenam di stadium nanti,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Fadzli berkata, pada majlis berkenaan, pelancaran logo baharu Perbadanan Stadium Darul Makmur akan diadakan.

Sementara itu, katanya, sebanyak RM1.4 juta diperuntukan bagi menambah baik kemudahan Stadium Darul Makmur. – MalaysiaGazette