TEL AVIV – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa beberapa kematian anggotanya di Gaza semasa serangan darat akibat tembakan sesama sendiri.
Jurucakap IDF, Daniel Hagari seperti yang dilaporkan oleh Time of israel berkata, mereka sentiasa menilai pertempuran yang berterusan termasuk kes ‘tembakan sesama sendiri’.
Sebanyak 66 askar Israel telah terbunuh di Gaza sejak tentera Zionis memulakan serangan darat pada 27 Oktober lalu.
Pada masa ini, terdapat beribu-ribu pasukan infantri, kereta kebal dan tentera Israel di Gaza.
Sementara itu, Hagari berkata, pihaknya meletupkan sebuah Masjid Zeitoun kerana didakwa digunakan sebagai makmal untuk membuat senjata.
Sebelum ini, rejim zionis mendakwa, Hamas telah menggunakan hospital, pusat kesihatan dan kem pelarian sebagai markas bagi mewajarkan serangan ganas yang menyebabkan lebih 13,000 rakyat Palestin mati.- Agensi