Chow Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Kes penipuan dalam talian di Pulau Pinang meningkat kepada 2,363 tahun ini berbanding 1,632 bagi tempoh sama tahun lalu.

Antara kes penipuan dalam talian ialah love scam, phone scam, penipuan e-dagang, penipuan pinjaman, pelaburan tidak wujud dan penipuan tawaran kerja sambilan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, berdasarkan rekod daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), peningkatan kes direkodkan bermula awal Januari hingga 30 September lalu  sebanyak 731 kes atau 45 peratus pada tahun ini.

Jelas beliau, PDRM telah melaksanakan beberapa langkah strategik bagi menangani isu tersebut dengan efisien.

“Antaranya meningkatkan penguatkuasaan undang-undang iaitu tangkapan dan pertuduhan di mahkamah serta kempen pencegahan jenayah komersial oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang dari semasa ke semasa.

“PDRM juga menjalankan kerjasama di peringkat nasional dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Bank Negara (BNM) yang banyak membantu dalam siasatan seperti rangkaian internet serta sistem perbankan,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.

Beliau menjawab soalan Lee Bong Heng (PKR -Kebun Bunga) berhubung kes penipuan dalam talian yang direkodkan di Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.