KUALA LUMPUR – Filem Tamil, ‘Ninaivo Oru Parvai’ arahan pengarah, Kabilan Plondran akan mula ditayangkan pada 30 November ini di Malaysia dan India.
Ini juga filem ketiga arahan Kabilan, dua filem sebelum ini yang mendapat sambutan iaitu Jhangri dan Athigari.
Filem keluaran Jhangri Production House Sdn Bhd itu dibarisi pelakon, Karnan, Thivya Naidu, Kuben Mahadevan dan MJ Nada.
Kabilan berkata, pihaknya telah memulakan kempen #NOP2million dengan sasaran kutipan tikrt sebanyak RM2 juta selain menggalakkan penonton ke pawagam.
“Filem Tamil Malaysia yang ditayangkan selepas pandemik secara umumnya tidak berjaya di box office, kerana itu juga kita mulakan kempen #NOP2milion.
“Dengan sokongan tidak berbelah bahagi seperti inilah akan memberikan kami orang seni untuk lebih berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya kepada Malaysiagazette, hari ini.
Filem ini berkisar tentang seorang penyanyi terkenal yang tidak ingat masa lalunya dan bertemu dengan seorang pemuzik jalanan serta jatuh cinta pada muziknya. – MalaysiaGazette