Johari melawat Ismail Mutallib di IJN.
Johari melawat Ismail Mutallib di IJN.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd Muttalib yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara, dekat sini, dilaporkan dalam keadaan stabil.

Perkara itu dikongsikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang melawat Ismail hari ini.

Semalam Johari memaklumkan kepada Dewan Rakyat semalam bahawa Ismail dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN.

“Alhamdulillah, saya menemui YB Maran dalam keadaan stabil dan ceria. Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan kepada beliau,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan Ismail semakin pulih dan dijangka keluar daripada IJN dalam tempoh masa terdekat. –  MalaysiaGazette