Seorang warga emas maut manakala isterinya cedera parah selepas kereta mereka naiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Simpang Batu Embun, Kilometer 4, Jalan Jerantut hari ini.

KUANTAN – Seorang warga emas maut manakala isterinya cedera parah selepas kereta mereka naiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Simpang Batu Embun, Kilometer 4, Jalan Jerantut hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Khamis, pihaknya menerima laporan kejadian pukul 3.03 petang.

Beliau berkata, mangsa bersama isteri dan dua orang cucu berusia tiga dan enam tahun menaiki kereta jenis Perodua Myvi dari arah Jerantut menuju ke Pulau Mansok.

“Setibanya di tempat kejadian, ketika mangsa yang memandu kereta membelok keluar dari simpang hendak ke kanan menghala ke Pulau Mansok, dia telah dilanggar oleh lori yang datang bergerak lurus dari hala Pulau Mansok ke Kuala Tembeling,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rempuhan itu telah mengakibatkan bahagian keretanya sebelah kanan remuk dan mangsa, Zainallah Abdullah, 74, meninggal dunia di tempat kejadian.

Isterinya, Rapiah @ Ramlah Abdul Manah, 71, pula dilaporkan mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di unit kecemasan Hospital Jerantut manakala dua cucu mereka hanya mengalami cedera di bahagian kepala.

Azman berkata, kes disiasat mengikut di bawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast