KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga jam 12 tengah hari ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.
Kawasan-kawasan terlibat ialah Betong (Kabong), Sarikei (Sarikei) dan Mukah.
Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette