Kalsom Nordin

MELAKA – Kes penderaan kanak-kanak di Melaka mencatatkan peningkatan sebanyak 94 kes bermula Januari sehingga 31 Oktober lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati, kecuaian ibu bapa atau penjaga menjadi faktor utama.

“Pada tahun ini setakat 31 Oktober lalu sebanyak 211 kes dera direkodkan berbanding 117 kes tempoh sama tahun lalu.

“Faktor lain yang menyumbang kepada penderaan adalah perbalahan keluarga akibat daripada masalah kewangan namun setakat 31 Oktober lalu, tiada kes penderaan melibatkan kematian,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Siti Faizah Abdul Azis (BN-Sungai Rambai) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-15, di sini, hari ini.

Menurutnya, data itu adalah hasil laporan dan siasatan daripada pegawai JKM yang turut padang untuk mengetahui punca utama kes. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast