BNM
Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat serbuan ke lapan premis di pelbagai lokasi di Sarawak baru-baru ini.

Serbuan pada 28 November 2023 itu dibuat selepas mengesyaki premis-premis berkenaan menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen yang sah daripada BNM serta mungkin terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Entiti-entit tersebut ialah 999 Mobile Enterprise/H7 Telco dan Golden One Enterprise yang beroperasi di Sibu.

MK-MKH Telecommunication Sdn. Bhd. (Mukah); Junlong Mobile Services dan
Happy Phone Services/Selangau Mobile Phone Centre (Selangau).

Fook Ann Mobile (Bekenu) dan Shin Hin Electronic Service/Kedai Emas Shin Hin dan Hin Trading Company (Batu Niah).

BNM berkata, entiti-entiti ini disiasat di bawah Subseksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (Money Services Business Act, MSBA).

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 4(1) MSBA boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

BNM mengingatkan orang ramai bahawa menjadi satu kesalahan untuk mengendalikan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen yang sah daripada BNM.

Senarai perniagaan perkhidmatan wang berlesen boleh didapati melalui laman sesawang BNM di bnm.gov.my/licensed-msb-operators.

Orang ramai juga disaran untuk hanya berurusan dengan perniagaan perkhidmatan wang berlesen bagi melindungi kepentingan kewangan mereka dan digalakkan untuk melaporkan sebarang entiti yang tidak berlesen kepada BNM menerusi Borang dalam talian BNMLINK | Live Chat | Telefon: 1-300-88-5465 atau +603-2174-1717 (Luar Negara). – MalaysiaGazette