KUALA LUMPUR – Berita sedih buat semua peminat Hrithik Roshan, penganjuran konsert Stars on Fire Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember ini terpaksa ditunda kepada satu tarikh baharu yang belum dimaklumkan.

Menurut satu kenyataan daripada penganjur, Yess Boss Group, keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan daripada beberapa penganjur bersama yang lain iaitu Dembi Productions dan Heart Art Production Pt Ltd.

“Dukacita dimaklumkan, penganjuran konsert Stars On Fire terpaksa ditunda atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
“Pihak kami telah berbincang dengan rakan penganjur yang terlibat dan berusaha mencari tarikh baharu yang lebih sesuai untuk meneruskan acara tersebut yang turut melibatkan artis-artis bernama besar.

“Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,” kata kenyataan tersebut.

Foto Facebook Yess Boss Group.

Sementara itu, menurut penganjur, pihaknya akan memulangkan semula wang penonton dan proses tersebut akan melibatkan kerjasama ejen tiket yang dilantik.

Selain Hrithik, konsert yang sepatutnya berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut membariskan artis ternama Bollywood seperti Bharti Singh, Harsh Limbachiyaa, Aastha Gills, Vaani Kapoor dan Sanya Malhotra. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast