KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Labuan sehingga jam 6 petang ini, menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar manakala di Selangor pula Kuala Selangor, Klang dan Gombak.

Di Negeri Sembilan membabitkan Port Dickson dan Rembau serta di Alor Gajah, Melaka.

Empat daerah di Johor yang diramalkan mengalami cuaca buruk ialah Segamat, Kluang dan Kota Tinggi serta Miri dan Marudi di Sarawak.

Di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman di Kuala Penyu dan Beaufort; Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jabatan Meteorologi berkata, amaran ribut petir adalah jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast