Gambar hiasan

SEOUL – Bayi yang dilahirkan di Korea Selatan tahun lalu dijangka hidup 82.7 tahun, turun daripada 83.6 tahun pada 2021, kata agensi perangkaan negara ini.

Ia merupakan kali pertama sejak tahun 1970 jangka hayat penduduk Korea Selatan jatuh, dikaitkan dengan pandemik Covid-19.

“Jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat secara mendadak pada 2022 dan negara ini menduduki tempat ketiga antara punca kematian,” Lim Young-il, seorang jurucakap Statistik Korea dalam satu taklimat media.

Menurutnya, sekiranya tiada koronavirus, jangka hayat akan meningkat sebanyak 0.1 tahun dan bukannya jatuh 0.9 tahun.

Negara Jepun juga menyaksikan penurunan jangka hayatnya selama dua tahun berturut-turut, dengan wabak itu mengurangkan jangka hayat sebanyak 0.62 tahun untuk wanita dan 0.51 tahun untuk lelaki dalam tempoh dua tahun, masing-masing berjumlah 87.09 tahun dan 81.05.

Walau bagaimanapun, angka jangka hayat telah pulih di beberapa negara, seperti Amerika Syarikat, dengan peningkatan kira-kira setahun pada 2022 selepas penurunan dua tahun berturut-turut.

Korea Selatan berjaya mengekang kematian Covid-19 pada permulaan pandemik sebelum peningkatan mendadak pada 2022, apabila agensi statistik itu merekodkan lebih daripada 370,000 kematian akibat wabak tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast