KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Memetik laporan beberapa laman portal, mendiang mengalami serangan jantung minggu lalu dan menerima rawatan di hospital.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca sebenar kematian Jui Meng setakat ini.
Beliau menyertai parti MCA dari 1976 hingga 2009 dan pernah menjadi naib presiden parti itu.
Beliau menyertai PKR pada 2009 dan pernah menjadi Ketua PKR Johor. – MalaysiaGazette